Thursday, October 13, 2011

Kalau nak berdakwah mesti kene dgn caranya, kan?

As Salam

There's something interesting that I need to share with u today.. Aku terbaca status seorang kawan lama di FB tadi.. Dia meletakkan gambar terbarunya bersama seorang pendakwah serta rakan2 usrahnya bersama.. Dlm gambar trsebut dia (RY) dan rakan2 usrahnya (ada yg memakai jubah, ada juga yg memakai bj kurung serta memakai tudung, kaki mereka tidak bersarung.) Walaupun kaki mereka tidak bersarung namun bagi aku cara pemakaian mereka semua sudah cukup dlm hal menutup aurat. Adala pulak seorang Hamba Allah swt (HA) mmberi komen yang agak kasar, niatnya suci menegur melalui pengetahuanya mengenai aurat. Walau ye pun, janganla buat orang rasa offended x tentu pasal.

This is the comments mengenai gambar tersebut (which I don't include dlam entri ni, its copyright purposes) . Ianya adalah komen-komen antara RY (rakan aku), HA (Hamba Allah), RC (rakan RY) dan NS (rakan RY). Cuba perhatikan apa yg dikomen oleh HA betul2 ya..

HA: jaga2 muslimah...kerana kaki itu pon aurat


RY: Salam.. Insya-Allah... terima kasih atas peringatan di atas.. Semoga akan diperbaiki demi mencari redha Illahi.. Sebahagian dari mereka yang hadir, baru saja "berhijrah" dan berjinak-jinak dgn Islam.. Pengorbanan mereka utk hadir ke majlis ilmu mengharungi jam dari Ampang ke Kajang lebih besar pahalanya disisi Allah.. Semoga peringatan2 yang ingin diberikan bolehlah dihantar secara "private" utk mengelakkan kita daripada mengaibkan sesiapa secara umum dengan tidak sengaja dan dahulukanlah dgn salam.. Salam ukhwah dari saya :)


HA: maafkan bkn niat ana untuk mengaibkan sesiapa....mereka sama saja seperti ana yg masih belajar mendalami ISLAM..... dari mengundang fitnah atau dosa yg mengalir lebih baik d private kan gambar ini...kerana kesian pada mereka yg tidak bersalah gambar ini bole d lihat umum.......itu pendapat ana yg masih lagi dhaif.....


RC: Salam alaik.. Terima kasih di atas 'pesanan'.. Sepanjang penglibatan saya di alam usrah & majlis ilmu setelah berhijrah, para ulama mahupun guru tidak menegur di hdpn umum demi menjaga aib kami. Lama mereka berdiam sehinggalah saya terdetik unt mula menutup kaki, saya percaya gerak hati yg Allah hantar.
Seandai para ulama serta guru agama berdakwah melalui cara Rasulullah dgn cara berhemah, lembut serta memelihara aib, mohon kita juga ambil pendekatan yg sama. Apa saja teguran membina, sekiranya ikhlas blh dilakukan secara private. "Manusia yg sempurna di sisi Allah adalah manusia yg bertaqwa" ... Mohon kita semua berlembut dlm menyampaikan dakwah. The wolrd hates Islam for what we are not for what the religion is. Cara kita membuatkan dunia memandang serong pada Islam, bukan kerana agama itu sendiri.
Salam



RY: Gambar ini bertujuan meransang yg lain utk hadir ke majlis ilmu seperti ini.. Namun, nasihat puan juga adalah nasihat yg benar dan baik.. Gambar ini juga diupload dari handphone jadi tak perasan akan kesumbangan gambar kerana screen yg kecil dan tak ada function utk meng-edit gambar.. InsyaAllah akan saya edit sebentar lagi.. terima kasih atas kasih sayang dan keperihatinan puan.. Yang baik itu dari Allah.. yg kurang itu, adalah utk saya perbaiki.. :)


NS: Salam ... terima kasih atas teguran itu.. =)) ia sangat bernilai namun... adab itu akhlak yang paling bernilai...adab yang saya maksudkan ialah cara menegur,.. mungkin boleh di PM kan saja kepada empunya wall teguran itu berbanding mengomen di wall yang menjadi tatapan umum... insyaAllah... hidayah itu milik Allah =D sama2 kita berusaha memperbaiki diri demi menuu redha Illahi .. ameen


Aku hanya mampu menggelengkan kepala dan bersetuju dgn RY dan rakan2nya membidas HA.. For me its quite HARSH for a muslimah yg bepengetahuan tinggi dalam hal akhirat utntuk menegur sebegitu..Kalau nak berdakwah dan menarik ramai umat mendekati serta mengikuti cara mu kenelah dgn cara yg tactical, alasan yg kukuh serta kene pada caranya. Kalau x pandai, konfem org lari!! Senang cerita bak kata peribahasa melayu "Menarik tepung biar berhati-hati, rambut tak putus, tepung pun tidak berselerak' (betul ke ayat aku ni?)

6 comments:

Li Nadin said...

betul tu nak tegur org mmg ada adabnya, terutama yang berkaitan hal peribadi,jika sebaliknya... like to share this link:

http://www.youtube.com/watch?v=lfqRhNST25w

p/s: i dah repair my home, should be ok to comment :)

Beautyfull_Maria said...

Agree wit u..bila nk nasihat jgn la radikal sgt cz sumtime niat nk menasihati blh jd lain..silap2 mengundang pertelingkahan dan permusuhan

Mrs.MH said...

Hmmm, mmg konfem hamba allah tu x bole masuk realiti show e.g 'ustazah pilihan' dan 'solehah tv alhijrah' utk musim depan :)

dhr said...

Si HA tu kalo dia dtg sini xtau la mcmane agknye. Sini lagi mcm2, pakai purdah tp tak pakai stokin, solat tp lengan, kaki nampak. Cara solat pun mcm2..tapi kita xbole la nak simply tegur org dan kata org tu salah. Masa dah duk sini banyak pulak i jumpa (dr pembacaan) yang ade pendapat kaki tu bkn aurat. Ha, mcmane tu?

Mrs.MH said...

yuppp.. tulah, agaknya mcamne kalau di ke sana atau mengerjakan umrah haji, lagi mcm2 hal..BTW, with my understanding, kaki hnya perlu ditutup dlm mmbuat ibadat e.g solat, umrah atau haji.. timbul isu ini agak mengelirukan org perempuan spt kita...

Siti Azlina Abdul Aziz said...

nak komen tu boleh tapi jangan la keterlaluan...sebelum komen fikir dahulu adakah komen kita akan menyentuh hati dan perasaan org...kerana menjaga hati dan perasaan org juga di kira ibadah kan..:-)