Thursday, November 27, 2008

Disturbance Dari Makhlus Halus...

Salam & Greetings!

Hari aku akan berceloteh berkenaan bab lain...

To all my blog readers, seperti yang kita tahu, kita sebagai makhluk tuhan yang sempurna yang juga dikenali sebagai khalifah Allah swt selalu akan diganggu, dihasut oleh makhluk lain yang 'jealous' dgn manusia iaitu iblis (macam ustazah la pulakkan?)

Sejak Tuhan menciptakan Nabi Adam as & Hawa, Iblis yang ingkar untuk bersujud kepada Nabi Adam as, Iblis telah mengangkat ikrar kepada Tuhan, bahawa dia berjanji dengan sedaya upaya akan merosakkan seluruh keturunan Nabi Adam hingga Kiamat... Mereka akan mengolah pelbagai cara untuk menghasut, membisik kepada manusia yang lemah untuk mengikut tunjuk jarinya serta terjebak ke jalan yang sesat dan akhirnya terjerumus ke dalam neraka yang azab dan tidak terkata... ooo memang sungguh merugikan.....

Apa yang ingin aku sampaikan ialah... kita sebagai manusia kadang-kadang tidak sedar bahawa kita akan diganggu, di bisik & dihasut dengan pelbagai cara oleh iblis syaitan terkutuk itu.. Kebanyakkannya dengan cara yang halus... kita missed untuk bersembahyang walau satu waktu dalam sehari itu pon sudah memberi kejayaan dalam project 'mission impossible' kepada mereka.. Jangan tak percaya, mereka (iblis) pon ada point untuk men'upgrade' ranking sesama mereka... They are just like ARMIES.. lagi ramai manusia yang berjaya mereka 'menakhluk' manusia, meraka akan 'dinaikkan' pangkat... Ye memang banyak misteri disebalik cerita iblis syaitan ini.. kalau dikupaskan satu persatu memang tak cukup masa untuk aku menaip tentang mereka..

Mesti semua akan tertanya-tanya why i bring up about these 'jinny' stories... I just want share apa yang aku tahu dan lalui...

Aku ada seorang bapa angkat yang mengamalkan perubatan alternatif spiritual... Aku & keluargaku memanggilnya sebagai 'bapak' atau pak ungku.. Keluargaku memang dari dahulu selalu diganggu oleh syaitan iblis ini.. termasuk la yang 'menghantar'nya kepada kami sekeluarga.... Yang paling teruk case adalah abang sulungku, HS dan panggilan kami kepadanya sebagai ALONG... No doubt, he had such a glamourous career & life before di sebuah syarikat penerbangan tempatan..
HS tidak mampu untuk bekerja seperti biasa selama 3 tahun yang lepas kerana HS 'sakit' dari segi spiritualnya. Semangatnya 'lumpuh' untuk selama 3 tahun disebabkan dia 'dihantar' oleh orang yang sangat dengki & cemburu terhadapnya.. Kami sekeluarga turut terkene tempias apa yang 'dihantarnya'. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana kami sekeluarga menghadapi saat yang gentir selama 3 tahun itu apatah lagi memandang & menghadap abangku seorang yang tidak mampu untuk bekerja seperti biasa. HS bukannya terlantar atas katil, semangatnya sahaja yang sakit seterusnya bermain dgn emosi & fikiran supaya dia tidak mahu kerja..... Apa yang lagi menyedihkan, dia selalu dalam kongkongan pemikiran yang negatif... Dari seorang yang periang dan pandai bersosial dia telah berubah menjadi seorang yang SUGUL dan selalu mengongkong diri dalam biliknya... Kami pernah menggelar biliknya sebagai the twilight zone..
Pelbagai usaha kami lakukan terutama ayahku HH yang tidak putus ikhtiarnya mencari penawarnya. Setelah berusaha mencari 'penawar' yang agak lama dan makan bertahun kami sekeluarga 'suffer' dgn penangan iblis syaitan, akhirnya dengan berkat doa & kesabaran serta bertawakal kepada yang SATU, Tuhan telah menemukan 'jodoh' antara kami sekeluarga dengan Pak Ungku. Tuhan telah memberi keizinan kepada pak ungku untuk mengubati kami sekeluarga.. Alhamdulilah, merciful GOD, Tuhan Maha Pengasih dan tiada siapa akan dapat melawan Kekuasaan-Nya, kami sekeluarga telah pun pulih dari kesengsaraan perbuatan orang yang sungguh keji itu... (tidak perlulah kusebutkan namanya siapa)...

Alhamdulilah, sekarang abang sulungku telah pun sihat dan telah pun bekerja di sebuah flying school di Bintulu, Sarawak ... Kami sekeluarga amat bersyukur & gembira melihat keadaannya yang semakin sihat & menjadi seorang yang matang & positif... Aku percaya, there's a blessing in disguise.. Let bygone be bygone.. Apa yang terjadi merupakan pengajaran yang mendalam kepada diri HS & kami sekeluarga juga..

Sejak dari itu, kami sekeluarga amat rapat dengan pak ungku.. banyak juga tunjuk ajar dan nasihat yang dia luahkan kepada kami sekeluarga to protect ourselves from the unwanted disturbance. Kami adik beradik sangat menghormatinya dan menganggapnya sebagai orang tua kami. WN pon secara automatik belajar dari Pak Ungku...

Panjang la entryku hari ini.. harap tidak bosan dgn chapter kali ini.. Just to be reminded.... that we've surrounded by these makhluk Tuhan... Hanya bertawakal & terus berdoa untuk perlindungan dariNya..

No comments: