Sebelom aku meneruskan coletehanku seterusnya, aku ingin meminta maaf kepada semua my blog readers kerana sudah beberapa hari aku tidak 'update' my blog... Bukannya apa, keadaan diriku yang senantiasa tidak berapa sihat disebabkan NAUSEA yang tidak boleh dielakkan.. Maklumlah sejak berbadan dua ni, sometimes i got Good Days & not to forget the Bad Days too.. Tibanya BAD DAY yg tidak diduga, memang tidak membuat apa2 pon... Memandang computer screen pon bagai berputar-putar dimata dan kepalaku...
Hari ini aku OK sikit... alhamdulilah...
Oo ye aku ingin menyambung kisahku dari chapter 'ALASAN SEBENARNYA'... So far aku telah menerima beberapa comment from my blog readers atas apa yang telah terjadi.. Aku terharu...
Selepas aku meninggalkan bank tersebut, aku terus SMS kepada orang-orang yang tersayang dalam hidupku, I informed them apa yang terjadi.. Mereka semua termasuk, WN yang agak 'relax' dengan keputusan company itu. Mereka semua memberi semangat supaya aku mengambilnya sebagai faktor yang positif and not to give up... Yelah masa tu, aku tengah bengang tidak mampu untuk berfikir secara 'matang', bercelaru kepala fikiranku memikirkan masa depan yg kelam (kononnya)...
Aku masih tidak tahu samada aku nak pulang ke rumah berjumpa WN (yang on STANDBY dirumah). I need sometimes for myself (I guess). Kemudian aku menerima satu call, rupanya dari ayahku, HH… As being a father, HH has never give up in n giving encouragement dan he always see things on the brighter side apatah lagi kepada anak-anaknya. Aku hanya mampu senyap dan tidak mampu berkata-kata apa dengan apa yang dinasihatkan, padaku mungkin betul jugak apa yang diperkatakannya, ‘Tuhan member rezeki yang lebih besar kepada kau, iaitu rezeki anak’.. Pada waktu itu, aku masih lagi tidak mampu memkirkan apa2 yang positif lagi …
Selepas satu jam, WN datang untuk mengambilku di LRT Setiawangsa. Sebaik WN tiba, aku buka pintu kereta dan dia memberi senyuman. WN mengajakku utk lunch (oo ye aku terlupa yang aku belom makan lagi pada masa itu). Aku pon OK, dan kami ke satu warung nasi ayam yang ‘famous’ di Setiawangsa.. NASI AYAM MASS.. Diriku masa itu, aku hanya on SILENT MODE & tidak berkata apa2 pon semasa kami makan bersama. WN ada juga menanyakan (as he’s being concerned) samada aku mahu talk about it or not… Jawapanku satu sahaja & ianya yang amat frust untuk WN mendengarnya… aku telah menyalahkan zuriat yang aku kandungkan masa itu, kerana disebabkan dia, I’ve been pulled back from the job offer… WN terus senyap.. Selama perjalanan pulang, kami berdua senyap.. KESIAN WN, terkene tempias dengan keadaanku… Dia menjadi mangsa keadaan…
Aku mengambil masa yang agak lama untuk aku berbual seperti biasa dgn WN.. Aku tidak menggendahkan perasaan orang lain apatah lagi WN, yang amat sedih & upset dengan ‘reaction’–ku setelah apa yang berlaku.. Aku akhirnya redha dan aku meminta maaf kepada WN dengan reaksi ku pada hari itu.. WN mengatakan bahawa aku perlu meminta keampunanan dari yang Esa, kerana aku telah menyalahkan zuriat sebagai alasan yang terjadi… Yelah kita sebagai manusia tidak lari dari membuat kesilapan…
Aku terus berwuduk & solat, apa lagi, dengan bercucuran air mata, aku memohon keampunan dari yang ESA dengan apa yang telah aku perkatakan tadi… Aku bertaubat… Memang benar, rezeki anak adalah lebih hebat dari segalanya…
Masa untuk break, matakku sudah kembali berputar & pening.. Aku akan sambung lagi..
No comments:
Post a Comment