Sunday, December 21, 2008

Another incident happened...

Well... another incidents happened exactly the day after someone hit my car...I fell down in the toilet.. terduduk ok...

WN was in the other room when I'm about to finish cleaning up the toilet.. He immidiately got me bila terdgr barang terjatuh di bilik air (soundtrack yang amat trajis).. Agak panic as if he doesn't know what to do when he saw me that moment... I don't exactly remember what really happened after that.. Yang tahu aku memang x pengsan... It's just happened so fast.. I get up quickly as he asked me to get out from the toilet.. Yes, it was my fault.. He kept reminding to wear slippers whenever in the toilet.. Yela, aku nak cepat mencuci... because all this while nothing bad happen... I took things for granted eventhough in short while... I remembered the words that came from WN's mouth was '"Don't u know that this sort of things really hurting you & the baby too..??" You guys should see how does his face expression at that moment... All I know, he was scared, mad at me, worried about me and the baby...

Yupp me too, the same feelings goes with me .. But I don feel any pain after that.. Cuma rasa sengal2 bisa di kaki dan bahagian pinggul... Dalam hati berdoa that everything will be alright....


The next day i went to see the doctor for my monthly ante-natal checkup... WN was with me as he was on off duty that day... I told the doctor what happened yesterday... She made a thorough checkup throuh ultrasound scan to see whether the baby is ok or not... Alhamdulilah, God is great... Its such a relief when I got that the baby is fine so does the mother too... Its been 15 weeks and I'm in 2nd trimester now... The doctor printed the scanned ultrasound as u can see as above...

Cukupla dengan dua (2) incidents dua hari berturut-turut.. Tak tahula apa dosa yang telah aku lakukan.. Harap2 ini adalah dugaan that I should be more extra-careful after this... InsyaALLAH I'll be strong to face it...

Wednesday, December 17, 2008

What a BAD HAIR day for me...??? :-(

Salam semua sekali lagi...

guess what..? I got a CAR ACCIDENT today.... (not again... DUH!!!!)

Hari ini... aku jumpa kawan2/ex-colleagues from MIIM for lunch... Aku rindu betul kat diorang semua... Tak dapat jumpa semua, dapat jumpa suku pon jadila... hehehe.. So there were 4 of us, MF, FG, RJ & myself decided to go to the new JUSCO at Keramat AU2... Pegila makan di foodcourt kat situ... Cantik jugak Jusco baru ni, macam shopping complex Alamanda Putrajaya...

Dalam pukul 4 petang, aku decide nak balik... Badan terasa penat... Sempatla juga beli pisang goreng nangka di keramat AU3... Ingatkan nak makan sambil drive to home tapi hajat x kesampaian rupanya..

Aku seperti biasa akan lalu MR2 dari Setiawangsa ke Ampang... Then after the roudabout simpang AU3 aku nampak satu kereta Nissan Bluebird warna gold melulu keluar dari satu simpang.. Aku pulak memang x sempat break sebab aku agak laju dalam 4o km/j... Aku menyimpang sikit ke kanan, but still x berjaya untuk mengelak ... Then the car hit my car belah belakang (passenger's door on the left side)... GOSH!! Aku menjeritla dalam kereta.... Memang MAKI SUMPAH *^$# semuanya keluar dari mulut ku...

Aku tengok cermin rarreview miror, kereta tu ada follow belakang.. Its a WOMAN... Nampak macam bangsa India in mid-4o's...So, i gave signal so that she will stop & discuss more abt it... Aku berhenti & dia pun berhenti sekali... Aku tengok pintu belakang... ALAMAK!! teruk jugak makcik hentam kereta aku... Nak call WN, tapi I'm sure dia masih tido lagi sebab dia shift malam tadi.. Takpela aku settle sendiri selagi boleh...

Dia keluar dari pintu kereta, dia terus say 'I'M TERRIBLY SORRY, it was my mistake'.... She sounded like a foreingner... Dalam hati aku nasib baik kau mengaku kau yang salah.. Then dia terus tanya 'How can i help u?? Do we need to make a police report?? How shall we start?? Just tell me what to do, I'm not from here....' Hah!! My guess was right, she's a foreigner.. She's an Indian Canadian.. working with British Council... haaaa whatever!??!!

Aku masih bengang.. but i keep calm... She's been nice & accomodating.... So aku x tahu nak buat apa.. Fikir lecehla nak police report... Lagipon aku memang da penat... Aku cakap settle sini je la.. Just pay me for the damages... Habis cerita kat sini... So she said dia xde cash tapi she's willing to write a cheque for me... Aku mintakla dalam RM-toot... Bulehla belanja untuk ketuk sikit kat bengkel nanti... We exchanged phone numbers... bla.. bla...

Aku terus drive semula to home... Pisang goreng masih belom disentuh lagi... Balik nantila aku makan... Dalam hati aku nasib baik aku OK.. takde la teruk smpai cedera... Terperanjat tu masih ada lagi terasa sampai sekarang... Hope tomorrow will be a better day for me... Chowww... Salam....

Tuesday, December 16, 2008

Nombor 30 atau 3+0??

Salam semua..

FYI, I have just turned 30 last Dec 9th'08... Rasa macam x percaya la pulak.... Celebration xde la sangat... Aku dapatla hadiah istimewa dari WN, iaitu MP3 player... cantik & smthing useful for me, at least aku bule juga mendgr ayat-ayat al-quran sejak mengandung nih... Celebrate ngn family aku for dinner, biasalah menu yang 'standard' which are Sate dan Fried Kuey Teow .. Its one of my dad's fav menu... (bukan kene ikut selera b'day girl ke???)

OOO ye.. sebenarnya aku terkene flu on my birthday... Macamane bule kene FLU ni??

I went back to Melaka to celebrate Raya Haji with my dad's side of family... so hari tu, Melaka hujan satu hari, mungkin aku terkene tempias hujan di situ... Its been so delicate of being pregnant, x buleh salah sikit, kene tempias hujan sedikit, da demam... Sakit satu badan x ingat...!!! Triggers my mood swing too! it felt terrible sbb i felt my whole chest has been blocked & difficult for to breath as usual.. Suspense jugak aku, takut penyakit lain pulak yang datang...

Hmmm.. harap2 my baby is doing fine... biarla maknya yang sakit... Aku berjumpa dgn my fav doctor, she prescribed me a medicine for my flu, called MENTHOL CRYSTAL... whereby aku I have to sprinkle a bit of menthol crystal with a boiling water... Then I have to 'sedut' aroma campuran itu... After few mins, it soothes my chest & blocked nose.. It helps to reduce my tiredness & body aching... Thank GOD...

WN x dapat join aku ke Melaka sebabnya dia keje shift malam sebelom & malam pada hari raya haji... Tak sangka pula dia sekarang berjangkit penyakit flu selepas itu... he felt loya & nak muntah too... He got sick lagi teruk dari isteri yang sedang mengandung... ..kesian pulak aku tengok....

So skrg kami berdua masih lagi batuk dan selsema... InsyaAllah, we are about to recover soon... lagila musim hujan ni, lambat lagi nak pulih sepenuhnya...

BTW, I'm already 14 weeks pregnant now.. Alhamdulilah, da 3bulan lebih aku mengandung... Aku mempunyai masalah tidur siang dan malam... Mungkin perubahan perutkan yang semakin besar makes me feel soooo uncomfortable these days.. cant wait for my next medical check-up...

Okla.. thats all i can share my stories rite now... I miss my friends... Planning to have lunch with them tomorrow... Salam.. ;-)

Tuesday, December 2, 2008

Nur Aryana Aleesha Binti Muhammad Kurniawan...




Tanggal 27hb October 2008... Nur Aryana Aleesha Binti Muhammad Kurniawan was born, yang membawa erti aku & keluargaku telah dikurniakan anah buah perempuan satu lagi... kalau dicampurkan semua termasukla yang 'tercampak, di Karachi, Pakistan , all total are 4 now...Semua puteri2... tetapi all are 'boys-terous'.
Ayahku, HH adalah antara orang yang excited menerima Aryana...

Ibunya.. NY telah mengambil masa dalam lingkungan 28jam contraction sbelum aryana melihat dunia... Wah... semestinya NY keletihan meneran tenaga..

Alhamdulilah...kedua-dua ibu dan anak selamat.. Aryana seberat 3.5kg telah lahir pada 10pagi di Ampang Puteri Hospital..

Aku sangat happy & feel so close bila menatap Aryana for the 1st... Feels like sudah ada bond antara aku & dia... Nnti tahun depan Aryana akan dapat sepupu baru , iaitu bakal anakku & WN.. Most probably anakku nanti akan grow up together with Aryana... Wah.. mesti kecoh bila sekali-sekala berkumpul di rumah ayahku ...

Hmmm... bagaimanala keadaan ku nnti bila tiba masa anakku hendak 'keluar' melihat dunia... I hope & pray that everything will be smoothly... tak sabar rasanya... I got 6 months to go... InsyaALLAH...

Thursday, November 27, 2008

Disturbance Dari Makhlus Halus...

Salam & Greetings!

Hari aku akan berceloteh berkenaan bab lain...

To all my blog readers, seperti yang kita tahu, kita sebagai makhluk tuhan yang sempurna yang juga dikenali sebagai khalifah Allah swt selalu akan diganggu, dihasut oleh makhluk lain yang 'jealous' dgn manusia iaitu iblis (macam ustazah la pulakkan?)

Sejak Tuhan menciptakan Nabi Adam as & Hawa, Iblis yang ingkar untuk bersujud kepada Nabi Adam as, Iblis telah mengangkat ikrar kepada Tuhan, bahawa dia berjanji dengan sedaya upaya akan merosakkan seluruh keturunan Nabi Adam hingga Kiamat... Mereka akan mengolah pelbagai cara untuk menghasut, membisik kepada manusia yang lemah untuk mengikut tunjuk jarinya serta terjebak ke jalan yang sesat dan akhirnya terjerumus ke dalam neraka yang azab dan tidak terkata... ooo memang sungguh merugikan.....

Apa yang ingin aku sampaikan ialah... kita sebagai manusia kadang-kadang tidak sedar bahawa kita akan diganggu, di bisik & dihasut dengan pelbagai cara oleh iblis syaitan terkutuk itu.. Kebanyakkannya dengan cara yang halus... kita missed untuk bersembahyang walau satu waktu dalam sehari itu pon sudah memberi kejayaan dalam project 'mission impossible' kepada mereka.. Jangan tak percaya, mereka (iblis) pon ada point untuk men'upgrade' ranking sesama mereka... They are just like ARMIES.. lagi ramai manusia yang berjaya mereka 'menakhluk' manusia, meraka akan 'dinaikkan' pangkat... Ye memang banyak misteri disebalik cerita iblis syaitan ini.. kalau dikupaskan satu persatu memang tak cukup masa untuk aku menaip tentang mereka..

Mesti semua akan tertanya-tanya why i bring up about these 'jinny' stories... I just want share apa yang aku tahu dan lalui...

Aku ada seorang bapa angkat yang mengamalkan perubatan alternatif spiritual... Aku & keluargaku memanggilnya sebagai 'bapak' atau pak ungku.. Keluargaku memang dari dahulu selalu diganggu oleh syaitan iblis ini.. termasuk la yang 'menghantar'nya kepada kami sekeluarga.... Yang paling teruk case adalah abang sulungku, HS dan panggilan kami kepadanya sebagai ALONG... No doubt, he had such a glamourous career & life before di sebuah syarikat penerbangan tempatan..
HS tidak mampu untuk bekerja seperti biasa selama 3 tahun yang lepas kerana HS 'sakit' dari segi spiritualnya. Semangatnya 'lumpuh' untuk selama 3 tahun disebabkan dia 'dihantar' oleh orang yang sangat dengki & cemburu terhadapnya.. Kami sekeluarga turut terkene tempias apa yang 'dihantarnya'. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana kami sekeluarga menghadapi saat yang gentir selama 3 tahun itu apatah lagi memandang & menghadap abangku seorang yang tidak mampu untuk bekerja seperti biasa. HS bukannya terlantar atas katil, semangatnya sahaja yang sakit seterusnya bermain dgn emosi & fikiran supaya dia tidak mahu kerja..... Apa yang lagi menyedihkan, dia selalu dalam kongkongan pemikiran yang negatif... Dari seorang yang periang dan pandai bersosial dia telah berubah menjadi seorang yang SUGUL dan selalu mengongkong diri dalam biliknya... Kami pernah menggelar biliknya sebagai the twilight zone..
Pelbagai usaha kami lakukan terutama ayahku HH yang tidak putus ikhtiarnya mencari penawarnya. Setelah berusaha mencari 'penawar' yang agak lama dan makan bertahun kami sekeluarga 'suffer' dgn penangan iblis syaitan, akhirnya dengan berkat doa & kesabaran serta bertawakal kepada yang SATU, Tuhan telah menemukan 'jodoh' antara kami sekeluarga dengan Pak Ungku. Tuhan telah memberi keizinan kepada pak ungku untuk mengubati kami sekeluarga.. Alhamdulilah, merciful GOD, Tuhan Maha Pengasih dan tiada siapa akan dapat melawan Kekuasaan-Nya, kami sekeluarga telah pun pulih dari kesengsaraan perbuatan orang yang sungguh keji itu... (tidak perlulah kusebutkan namanya siapa)...

Alhamdulilah, sekarang abang sulungku telah pun sihat dan telah pun bekerja di sebuah flying school di Bintulu, Sarawak ... Kami sekeluarga amat bersyukur & gembira melihat keadaannya yang semakin sihat & menjadi seorang yang matang & positif... Aku percaya, there's a blessing in disguise.. Let bygone be bygone.. Apa yang terjadi merupakan pengajaran yang mendalam kepada diri HS & kami sekeluarga juga..

Sejak dari itu, kami sekeluarga amat rapat dengan pak ungku.. banyak juga tunjuk ajar dan nasihat yang dia luahkan kepada kami sekeluarga to protect ourselves from the unwanted disturbance. Kami adik beradik sangat menghormatinya dan menganggapnya sebagai orang tua kami. WN pon secara automatik belajar dari Pak Ungku...

Panjang la entryku hari ini.. harap tidak bosan dgn chapter kali ini.. Just to be reminded.... that we've surrounded by these makhluk Tuhan... Hanya bertawakal & terus berdoa untuk perlindungan dariNya..

Wednesday, November 26, 2008

Sakit perut datang lagi & Bubur Nasi...

Semalam aku mengalami 'food poisoning'.. Ntah apa yang aku makan sampai perut ku tak boleh terima apa2... muntah, muntah & dan muntah.. Lembik badanku di buatnya..

Dalam pukul 2ptg, I went to see the doctor, just to make sure whats going on with me... Aku memberitahu apa yang terjadi dan terus doctor membuat check up ke atas diriku & mengambil temperature suhu badanku.. She found that I got a bit temperature & most probably aku terkene 'food poisoning'... Aku risau ianya melibatkan bayi yang aku kandungkan.. Takut terjadi apa disebabkan ibunya yag tersalah makan... Doctor can't give any medication as I'm pregnant, she onle advised to banyakkan minum air masak & kalau boleh makan buah... Nothing much that she can do about it... It's normal case for an early stage pregnancy like this apatah lagi me being the 1stimer.. Aku tak dapat detect apa yang aku telah makan sampai membuatkan aku sakit perut. Doctor menasihatkan agar aku tidak menagambil apa2 instant food untuk trimester I & II..

Baru aku teringat, I had INSTANT MUSHROOM SOUP last nite for dinner.. Ooopppsss!

WN ada 'sound' aku malam sebelumnya supaya aku tidak makan instant mushroom soup yang di dalam paket.. His reason was, it contain too much of a salt, its not advisable for me to take it..He prefered me to take yang dalam tin... I thought it was just a small matter (bagi aku sama je tin ke bukan dlm tinkan? tetap mushroom soup), dan aku terus makan with toasted bread...Sedap! Tetapi dalam beberapa jam kemudian, aku mula rasa sakit perut & terus muntah, muntah & muntah sebelum tidur.. Aku ingatkan mual seperti biasa.. Rupanya sampai keesokkan paginya (iaitu pagi tadi) aku terus muntah... Aku rasakan seperti semua isis perut ingin keluar, It was sooooo horrible... Mungkin WN was right, its the mushroom room yang membuatkan perutku x keruan...

Tibanya malam selepas menjemput WN from his office di Damanasara, WN menawarkan diri untuk masak special home made bubur nasi... heheheh... As being a loving husband, dia amat kesian menengokkan keadaan aku semalam... Ye, memang aku x larat membuat apa2 apatah lagi masak??? Alhamdulilah and million of thanks, the porridge taste so good... (Hmmmm... Memang xde rasa sedikit pon seperti bubur ayam MC'D)bukan nak 'jap' suami sendiri, tetapi dia memang ada berkebolehan untuk masak. His skills is better than mine (which I have to admit).... **sigh**

Hari ini, perutku better than yesterday walaupon ada lagi rasa pedih dan sebu sedikit.. Ada lagi rasa sisa-sisa sakit di bahagian atas perut and with hope it will go away soon.. Mungkin the pain healed by itself as I'm depending on the home made special ubat, air kunyit & beras yang dimasak dicampur dgn air masak panas...

OK.. setakat ini aku menulis untuk kali ini.. salam...

Monday, November 24, 2008

Ake Redha....

Sebelom aku meneruskan coletehanku seterusnya, aku ingin meminta maaf kepada semua my blog readers kerana sudah beberapa hari aku tidak 'update' my blog... Bukannya apa, keadaan diriku yang senantiasa tidak berapa sihat disebabkan NAUSEA yang tidak boleh dielakkan.. Maklumlah sejak berbadan dua ni, sometimes i got Good Days & not to forget the Bad Days too.. Tibanya BAD DAY yg tidak diduga, memang tidak membuat apa2 pon... Memandang computer screen pon bagai berputar-putar dimata dan kepalaku...

Hari ini aku OK sikit... alhamdulilah...

Oo ye aku ingin menyambung kisahku dari chapter 'ALASAN SEBENARNYA'... So far aku telah menerima beberapa comment from my blog readers atas apa yang telah terjadi.. Aku terharu...

Selepas aku meninggalkan bank tersebut, aku terus SMS kepada orang-orang yang tersayang dalam hidupku, I informed them apa yang terjadi.. Mereka semua termasuk, WN yang agak 'relax' dengan keputusan company itu. Mereka semua memberi semangat supaya aku mengambilnya sebagai faktor yang positif and not to give up... Yelah masa tu, aku tengah bengang tidak mampu untuk berfikir secara 'matang', bercelaru kepala fikiranku memikirkan masa depan yg kelam (kononnya)...

Aku masih tidak tahu samada aku nak pulang ke rumah berjumpa WN (yang on STANDBY dirumah). I need sometimes for myself (I guess). Kemudian aku menerima satu call, rupanya dari ayahku, HH… As being a father, HH has never give up in n giving encouragement dan he always see things on the brighter side apatah lagi kepada anak-anaknya. Aku hanya mampu senyap dan tidak mampu berkata-kata apa dengan apa yang dinasihatkan, padaku mungkin betul jugak apa yang diperkatakannya, ‘Tuhan member rezeki yang lebih besar kepada kau, iaitu rezeki anak’.. Pada waktu itu, aku masih lagi tidak mampu memkirkan apa2 yang positif lagi …

Selepas satu jam, WN datang untuk mengambilku di LRT Setiawangsa. Sebaik WN tiba, aku buka pintu kereta dan dia memberi senyuman. WN mengajakku utk lunch (oo ye aku terlupa yang aku belom makan lagi pada masa itu). Aku pon OK, dan kami ke satu warung nasi ayam yang ‘famous’ di Setiawangsa.. NASI AYAM MASS.. Diriku masa itu, aku hanya on SILENT MODE & tidak berkata apa2 pon semasa kami makan bersama. WN ada juga menanyakan (as he’s being concerned) samada aku mahu talk about it or not… Jawapanku satu sahaja & ianya yang amat frust untuk WN mendengarnya… aku telah menyalahkan zuriat yang aku kandungkan masa itu, kerana disebabkan dia, I’ve been pulled back from the job offer… WN terus senyap.. Selama perjalanan pulang, kami berdua senyap.. KESIAN WN, terkene tempias dengan keadaanku… Dia menjadi mangsa keadaan…

Aku mengambil masa yang agak lama untuk aku berbual seperti biasa dgn WN.. Aku tidak menggendahkan perasaan orang lain apatah lagi WN, yang amat sedih & upset dengan ‘reaction’–ku setelah apa yang berlaku.. Aku akhirnya redha dan aku meminta maaf kepada WN dengan reaksi ku pada hari itu.. WN mengatakan bahawa aku perlu meminta keampunanan dari yang Esa, kerana aku telah menyalahkan zuriat sebagai alasan yang terjadi… Yelah kita sebagai manusia tidak lari dari membuat kesilapan…

Aku terus berwuduk & solat, apa lagi, dengan bercucuran air mata, aku memohon keampunan dari yang ESA dengan apa yang telah aku perkatakan tadi… Aku bertaubat… Memang benar, rezeki anak adalah lebih hebat dari segalanya…

Masa untuk break, matakku sudah kembali berputar & pening.. Aku akan sambung lagi..