Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Saya TAK KUTUK org Sabah, jangan salah anggap!

Regarding with my last entry, which was about my maid, ada 'silent reader' yang mengaku dia org Sabah,  sudah hantar personal email, accusing saya mengutuk org sabah.. Saya tak sangka ada yg salah anggap dan menuduh saya bukan2..  Tolonglah baca betul2 with my previous entry tu, yess she is a SABAHAN and not to forget, a MALAYSIAN too!

Saya tak 'specifically' kata org Sabah itu semua jahat, saya cakap MAID SAYA TU YANG BUAT PERANGAI! For your information,  saya ada ramai kenalan dan personal friends whom are SABAHAN too, tapi mereka xdela buat perangai mcm ni ok!

Blog adalah satu instrument di internet untuk share info e.g pengalaman hidup, luahan rasa/hati utk readers/bloggers yg lain.. Begitu la saya menggunakan teknologi blog utk saya menceritakan pengalaman pahit manis hidup saya dgn TIDAK mmbuat mana2 pihak pon tersinggung. Sudah terang2 saya katakan yg saya kesal dan sedih dgn attitude maid saya tu, dan  terbukti yg dia mmg mencuri our personal stuff, SHE BETRAYED OUR TRUST! Are u trying to explain that mencuri brg majikan itu tak salah ke?? ATAU saya tak patut ke post entri sebegitu kepada readers yg lain espc yg ada maid di rumah?? What if she's from other NEGERI, let say dari KEDAH or if she's an INDONESIAN, would u care to say anything about them??

TO WHOM IT MAY CONCERN, u know who u are: Kalau awak mmg terasa hati, dan terus menuduh saya sebegitu, saya da tak boleh buat apa .. I'm not saying that u cannot voice out apa u tak puas hati. Bagi saya apa yg saya share ttg maid saya di dalam previous entry adalah REALITI, saya bukan mereka cerita untuk jadi 'penyedap rasa' di blog ini..

Satu lagi apa yang saya tulis ttg maid saya tu adalah utk saya SHARE pengalaman of having MAIDS at home kepada readers yg lain, bukan utk saya seorang dan niat saya bertujuan utk kita semua lebih berhati2 dgn mereka ini tak kira dari NEGERI atau dari mana2 NEGARA MANA PON.

Last but not least, ya, saya reply di public, kerana di lubuk hati saya mmg tiada niat sebesar kuman pon ingin mengutuk orang SABAH dan juga kpd readers yg lain yg mungkin tersinggung dgn entri saya sebelom ini, PLEASE DON'T TAKE IT PERSONAL...

ADIOS.. Tepuk dada tanya selera...

Wednesday, December 7, 2011

SAYONARA, maid! Its just not your lucky day..

As Salam readers.. Sorry tidak kesempatan untuk update entry.. has been busy to the max.. WHY?? Its been a week that I've been maid-less.. Yupp the recent maid has been sent home for good.. SAYONARA! Now everything I have to do it myself espc taking care of the two girls + housework dari menyapu dan laundry.  ITS ENDLESS WORK bebey!

WHAT HAPPENED exactly to the maid sampai me and WN hantar dia balik terus???

Date: 26th November 2011, Saturday
Venue: My place..

Aunte', the maid has been vomiting with blood that morning, while WN went to GH, Seremban visiting his uncle admitted kat sana kejap.. so I just called the ambulance to pick her up and send to hospital for further check up.. I was a bit panic, sbb tgk baju dia berlumuran darah.. Kids started crying to see her like that.. Yelah aku tgk macam da nak mati je org tua ni.. My heart screams  'PLEASE DONT DIE IN MY HOUSE!'

NOTE: Aku dan WN panggil dia AUNTE', according to a Sabahan friend,  AUNTE'  dalam bahasa Suluk di Sabah, its a MAKCIK to them..   

Sent sms to WN, informing wat happen.. Its been 3rd time me called the ambulance this time.. Sebelom ni dia ada drama 'pengsan' few times, which made me called the ambulance straight away.. Ambulance came few minutes later, as diorg da biasa with her case.. Driver ambulance recognise my maid, and he made a statement, 'Org tua yang sama kan pengsan ni?' I just smiled at him, terus explained to the attended paramedics of what happened, showed them the blood stains on her shirt.

Oh yess, before Aunte' stepped in to the ambulance she said she forgot to bring her handbag, I just tell her 'Tak payah bawak, kat sana nnti kalau pegi wat X-Ray ke apa xde sapa nak jaga, takut nnti hilang pulak awak punye handbag.' Sbb I will come later with WN bila dia balik S'ban.

Meanwhile, aku geledah barang2 dia, since my kids's clothes has been missing.. Sebelom tu ada jugak cari tapi x jumpa.. But that time tak terfikir nak geledah handbag dia tu.. By afternoon, WN came home.. He straight away ajak to 'spot check' on her stuff.. I said u tgk dulu as I kene tgkkan budak2 ni.. Ada yg nak susu la, nak kene tukar diapers la and mcm2 lagi..

Few seconds later while WN in her room, he called me, nampak handbag sedang digeledah.. WN being WN. Smarter than me as always.. I was shocked! all her baju semua keluar, dalam baju ada few small pouches stuff yg jahit seperti ni:

Gambar x clear, this is her baju, nmpak few pouches tu??

this one clear kan?? Cuba teka apa bndanya ni??

Yang ni pulak dia jahit keliling pinggang di seluar pulak!

Inilah certain duit syiling yg dia amik.. Jangan main2, syiling EURO pon ada ok!

APA DIA BUAT? 

She actually wrapped the coins with plain paper and a masking tape, then masukkan dalam pouch kecik2 ni, baru dia jahit dalam baju or seluar.. We even found dalam her undies e.g BRA ok!


BELIEVE IT OR NOT! IN HER BRA!! URGHHH!
 Ntah saper punye brooch la dia rembat!
All  I know its not mine!
DIGITAL CAMERA and HANDPHONE kau angkut dalam bra kau!
Padanla kau kalau jalan terbongkok2!
Few money too! Gold medal pon bedal nak amik, dia ingatkan EMAS tulen agaknya!  ST###ID!
Laki aku punye GPS pon dia sempat amik! HUH!
Another accessories too!
Last shot with her stolen stuff yang dia berangan nak bawak balik kampung!


Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh 'gedebab' ke tanah juga.. 

I told WN to wait until the hospital informing apa sakit dia. Apa2 pon aku nekad nak hantar dia balik terus! Tak payah hantar polis.. Kita gertak kaw-kaw kalau dia x nak mengaku..

By 6pm hospital called updating the maid's status, she actual;y tak sakit, hanya ada batuk biasa, darah yg dimuntahkan act dia korek her tekak to keluar kan darah tu.. The doctor suspected dia ada 'bullemia'.. ada jugak org yg pandai drama smpai tahap ni kan?? WHAT EVER la old woman!

Meanwhile,  seems doctor kata nothing serious, WN sempat beli/booked online flight ticket, planned to send her tomorrow terus.. tak payah tunggu lagi..

Picked her up from the hospital, we left the 'stolen' stuff in her room just like that, cant wait to see her reaction.. But, dia pandai berlakon, dia buat tak tahu as soon she entered her room.. WN da x tahan, called her to come kat living area.. Apa lagi sesi INTERROGATION LA! Kitorg da mcam dalam bilik siasatan la  makcik tu kene soal jawab!

Maids are maids... Itula perungkapan my sister to me.. Tak kira maids dari Indonesia or Malaysia or others too, pemikiran , personaliti dan cara dibesarkan, terdesak dlam kemiskinan, mmbuatkan mereka jadi sperti ini.. MY MAID IS A MALAYSIAN! Lagi satu, diorg ni bila da buat salah macamana pon takkan mengaku sampai mampusss! 

Interrogation went almost 2 hours... Gertak habis2an.. Sampai ugut pegi POLIS.. then she cried and melutut, baru nak mengaku salah! HUH! Alasan takut balik kampung gaji x cukup, bayar hutang anak, sbb amik barang2 ni.. 

OK.. Enough is enough! I asked her to get ready, pegi balai polis skrg.. Malahan kitorg berlakon je.. Nak tgk dia camner.. Dia tunggu punye tunggu, kitorg tetap x gerak2..Selamba kitorg layan tgk TV..  

Esok by afternoon baru bgtau dia that u pack ur stuff and go!

Apa yg trjadi mmg terbuka hati dan mata about these maids..They can DO such things beyond our expectation.. Jangan pandang muka baik, solat x tinggal, x semestinya baik mcam malaikat.. AKu anggap Its BLESSING IN DISGUISE! Tuhan Maha Kaya.. Pls protect my family dari bnda2 yg tidak diingini berlaku..

Skrg ni I have to be strong being maid-less.. With No.3 in my tummy, and to take care the 2 princesses.. Nak tak nak kene tempuh juga.. My routine has change, not just that, kena pandai with time management.. Insyaallah everything will be fine..

ADIOS! Anak2 da bgn from short nap tadi... :)

Wednesday, November 23, 2011

Menang tanpa kesombongan dan kalah tanpa banyak alasan


As salam all, didn't have much of a strength to update kali ni.. My Ms.N (Nausea) menyerang.. Tapi apa pon there's something that I really want to share with u.. Someone posted a great article about our team 'Harimau Muda' won Gold Medal  at SEA Games recently.. The writer is a 'penulis bebas' from Indonesia.. Dia meluahkan perasaannya kenapa M'sia menang pada match yg lepas.. Jadi all readers, ada tersurat dan tersirat disebalik penulisan beliau..

Tolong hilangkan kebencian dan dendam. by Ariff Bawono

Aku tarik nafas panjang after reading the articcle, kerana bersyukur ada senggelintir rakyat Indonesia yang terbuka minda dan fikirannya. Its just a FOOTBALL, kalau marahkan nyamuk jangan pula kelambu yang dibakar... Hope we, MALAYSIAN don't do that others apalagi dendam, minta jauhkan dari kesumat hati..

Back to previous entry 3 perkara yg menghancurkan hidup kita

I rest my case..

Wednesday, November 16, 2011

Panik kejap..

As salam all.
I had a panicked alarm yesterday.. ada 'blood clot' everytime I passed urine.. Called d Gynae (O&G) clinic nearby, the lady doctor a.k.a Dr.G tu masuk after 6pm, whereby the d husband, Dr.A whom also a doctor but not specialise in Gynae was on shift that time, then terus notify WN abt the incident.. Told him kita pegi clinic later in d evening la.. Well I tried to calm down.. Feeling a bit of phobia, bcoz I had a miscarriage last Feb.. Thinking nak pergi hospital terus, but as I am YET buat the the ante-natal book, aku batalkan saje niat di hati tu.. Susah jugak kalau ke hospital espc Gov hospital nanti, nak kene ada 'buku merah' if terus nak buat further check up.. BYK SONGEH pulak nanti!

I BBMed my sis di KHI, who used to practice as a doctor, still a qualified doctor, seek for her advise abt my current situation..
MH: As salam kak, Hw r u?
JH: Salams.. Ok je, BZ sikit..Kids nak exam.. How r u?
MH: Haha.. Nak tnya ni.. Ada blood clot masa past urine..
JH: Byk ke?
MH: Besar kuku jari manis.. Later nak jumpa doktor..
JH: Is that only one time?
MH: Semalam keluar 'smoky chocolate', hari ni reddish pulak.. Smlm pon besar kuku jari..
JH: Selalu spotting early pregnancy ni is normal, but just be careful.. Gi jelah buat ultrasound scan..
MH: Ok.. (I was a bit relief)
JH: U need to bedrest, tak leh ganas sgt espc turun naik tangga.
MH: Baca2 jugak kat internet pasal ni, aku naik pening pulak..
JH: Baring jelah today and put yr feet up...
MH: Ok .. Tq..

By 5.20pm WN arrived home, terus ajak ke clinic, katanya nak skipped traffic jam at that area.. Sampai clinic abt 5.30pm, jumpa Dr.A, as he da kenal I and he knew that I want to meet his wife.. He told me that Dr.G belom masuk lagi, maybe u should wait 30mins lagi.. Argghhh... lama lagi tu! Dgn tahap yang maxima bosan menunggu, dok baca surat kabar and tgk org kuar masuk clinic, WN ajak minom teh tarek kat kedai mamak di situ...

Best jugak minom ptg2 mcm gini.. da lama x 'dating' sejak ada anak2 ni.. hehehe.. Just had a borak2 biasa.. BY 6pm++ we went back to the d clinic. Alhamdulilah Dr.G da masuk pon... The nurse terus panggil masuk, and told Dr.G abt everything.. She said ada 2 possibilities that caused the bleeding, either my rahim masih x kuat or maybe period yg lama tu keluar sikit2 ..Ouch!

Did d scan nak tgk kedudukan baby.. tarraaaaa!

Tanda merah bulat tu la dia 'my little peanut'...  :)
Alhamdulilah.. My future no.3 is healthy so far, sudah ada heartbeat.. According to the gynae's findings, the baby now da 9 weeks++ of age.. Sizenya lebih kurang buah strawberry.. Tgn and kaki abt to develop.. WN was so happy to see the baby..

Dr.G advised sama apa yg Dr.JH (my sis) advised, rest and jgn active sgt.. She prescribed ubat utk kuatkan rahim for 10days and Folic Acid too.. hope it will stop the bleeding, Insyaallah.. :) She also gv one sachet sample of EnfaMamaA+ formula utk tambahkan nutrition for both mama and baby.. Selalu minom AnMum.. so okla kalau EnfaMama ni sedap and kene dgn tekak, bolelah beli nnti.. :)

Its Choc flavor...

So okla that's all for entry kali ni.. will update more soon! Have a nice day all!

Thursday, October 13, 2011

Kalau nak berdakwah mesti kene dgn caranya, kan?

As Salam

There's something interesting that I need to share with u today.. Aku terbaca status seorang kawan lama di FB tadi.. Dia meletakkan gambar terbarunya bersama seorang pendakwah serta rakan2 usrahnya bersama.. Dlm gambar trsebut dia (RY) dan rakan2 usrahnya (ada yg memakai jubah, ada juga yg memakai bj kurung serta memakai tudung, kaki mereka tidak bersarung.) Walaupun kaki mereka tidak bersarung namun bagi aku cara pemakaian mereka semua sudah cukup dlm hal menutup aurat. Adala pulak seorang Hamba Allah swt (HA) mmberi komen yang agak kasar, niatnya suci menegur melalui pengetahuanya mengenai aurat. Walau ye pun, janganla buat orang rasa offended x tentu pasal.

This is the comments mengenai gambar tersebut (which I don't include dlam entri ni, its copyright purposes) . Ianya adalah komen-komen antara RY (rakan aku), HA (Hamba Allah), RC (rakan RY) dan NS (rakan RY). Cuba perhatikan apa yg dikomen oleh HA betul2 ya..

HA: jaga2 muslimah...kerana kaki itu pon aurat


RY: Salam.. Insya-Allah... terima kasih atas peringatan di atas.. Semoga akan diperbaiki demi mencari redha Illahi.. Sebahagian dari mereka yang hadir, baru saja "berhijrah" dan berjinak-jinak dgn Islam.. Pengorbanan mereka utk hadir ke majlis ilmu mengharungi jam dari Ampang ke Kajang lebih besar pahalanya disisi Allah.. Semoga peringatan2 yang ingin diberikan bolehlah dihantar secara "private" utk mengelakkan kita daripada mengaibkan sesiapa secara umum dengan tidak sengaja dan dahulukanlah dgn salam.. Salam ukhwah dari saya :)


HA: maafkan bkn niat ana untuk mengaibkan sesiapa....mereka sama saja seperti ana yg masih belajar mendalami ISLAM..... dari mengundang fitnah atau dosa yg mengalir lebih baik d private kan gambar ini...kerana kesian pada mereka yg tidak bersalah gambar ini bole d lihat umum.......itu pendapat ana yg masih lagi dhaif.....


RC: Salam alaik.. Terima kasih di atas 'pesanan'.. Sepanjang penglibatan saya di alam usrah & majlis ilmu setelah berhijrah, para ulama mahupun guru tidak menegur di hdpn umum demi menjaga aib kami. Lama mereka berdiam sehinggalah saya terdetik unt mula menutup kaki, saya percaya gerak hati yg Allah hantar.
Seandai para ulama serta guru agama berdakwah melalui cara Rasulullah dgn cara berhemah, lembut serta memelihara aib, mohon kita juga ambil pendekatan yg sama. Apa saja teguran membina, sekiranya ikhlas blh dilakukan secara private. "Manusia yg sempurna di sisi Allah adalah manusia yg bertaqwa" ... Mohon kita semua berlembut dlm menyampaikan dakwah. The wolrd hates Islam for what we are not for what the religion is. Cara kita membuatkan dunia memandang serong pada Islam, bukan kerana agama itu sendiri.
Salam



RY: Gambar ini bertujuan meransang yg lain utk hadir ke majlis ilmu seperti ini.. Namun, nasihat puan juga adalah nasihat yg benar dan baik.. Gambar ini juga diupload dari handphone jadi tak perasan akan kesumbangan gambar kerana screen yg kecil dan tak ada function utk meng-edit gambar.. InsyaAllah akan saya edit sebentar lagi.. terima kasih atas kasih sayang dan keperihatinan puan.. Yang baik itu dari Allah.. yg kurang itu, adalah utk saya perbaiki.. :)


NS: Salam ... terima kasih atas teguran itu.. =)) ia sangat bernilai namun... adab itu akhlak yang paling bernilai...adab yang saya maksudkan ialah cara menegur,.. mungkin boleh di PM kan saja kepada empunya wall teguran itu berbanding mengomen di wall yang menjadi tatapan umum... insyaAllah... hidayah itu milik Allah =D sama2 kita berusaha memperbaiki diri demi menuu redha Illahi .. ameen


Aku hanya mampu menggelengkan kepala dan bersetuju dgn RY dan rakan2nya membidas HA.. For me its quite HARSH for a muslimah yg bepengetahuan tinggi dalam hal akhirat utntuk menegur sebegitu..Kalau nak berdakwah dan menarik ramai umat mendekati serta mengikuti cara mu kenelah dgn cara yg tactical, alasan yg kukuh serta kene pada caranya. Kalau x pandai, konfem org lari!! Senang cerita bak kata peribahasa melayu "Menarik tepung biar berhati-hati, rambut tak putus, tepung pun tidak berselerak' (betul ke ayat aku ni?)

Monday, October 10, 2011

Maid issue..again...

I'm sending back my maid balik kampung.. This is not the Indonesian yg buat hal dulu.  U can read the entry pasal tu kat sini.. SJN, the problematic Indon maid

Yang ini lain, she's a 2nd helper after that problematic Indon maid.. She's a Sabahan from Sempoerna Island.. Org Bajau katanya. Bulan January 2012 cukup setahun dia keje ngn kitorg.. Yang ini pon problem jugak, problem sakit org tua yg emo.. Tapi we all belom plan lagi bila nak hantar, maybe end of d year.. Sorting our her hutang2 with us, cukup bayar her flight tix and few months of gaji, then u can go!

Da penat nak layan kerenah. Merayu and meraung nak balik.... Ada sekali tu sujud di kakiku merayu2 nak balik  sambil  menangis2 cakap "RINDU ANAK2 SAYA!"

Aku pelik, anak2 dia xde call cari dia or nak tanya kabar pon, jgn harap! Pernah dulu diorg call sekali dua, asking for money, kitorg ckp akan bagi lepas few months ur mak keje, terus x call lagi cari mak diorg, apalah punye jenis anak korang ni??

Kdg2 aku buat tak layan, dia selalu bagi alasan, penatla, sakit tangan la.... Paling x tahan, selalu ckap "SAYA DA NAK MATI!"

Haish rimas aku! 

Tapi pelik, bila ajak jalan, dia lah no.1 paling excited...

Aku pekak kan telinga. Baru2 ni  dia nak test kesabaran aku agaknya, buat2 PENGSAN (lagi) di dapur.. Aku terus buat2 call ambulance, terus dia bgn and ckp dia terjatuh.. x sedar.. Malahan dia x sedar, aku mmg ngendap dia dari tangga, dia mmg x perasan.. aku buat2 naik atas..turun balik, nmpak dia ke dapur... then pengsan, konon!

Ingat aku ni B*D*H mcm kau.. aku da tahu sgt trick kau la.. !

So far dah dua kali aku hantar gi hospital, sbb dia selalu pengsan or buat2 pengsan, siap panggil ambulance lagi tau.. Tgk2 doktor kata xde apa2 penyakit pon, all clear.. Cuma ada sekali tu doktor kata "its typical penyakit maid, depression, alasan ank balik kmpung."

Maid adalah satu species manusia that u can live with and can't leave without! 

Aku tekad, will try my best to do everything on my own, give a try la to myself jadi supermak.. I trained myself by planning espc on time mangement, e.g bgn awal, buat bubor, siap2 masak utk diri sndiri and even clean d house, laundry, ironing..and byk lagi!

WN bagi condition, if aku preggy, nak x nak, kene amik helper baru jugak..  The 2 girls masih kecik, takut tak terjaga..

dilema dilema dilema dilema dilema dilema dilema dilema  :(

Monday, September 26, 2011

Tersentap!

As salam.. yupp pagi2 ni da terasa emo selepas berchatting dgn seorg kawan lama.. Niatnya baik utk tnyakan kabar pasal diriku , tapi ada certain remark yg aku x tahan and terasa... :(

NN: How r u MH...? Ada ok??
MH: Yupp.. Alhamdulilah.. still coping up with the 2 kids..
NN: Huh?? Sudah 2 org?? bila masanya kau peknen lagi?? tak tahu pon..
MH: Haish, aku dok post dlm FB xkan kau x perasan babe?
NN: Oic.. aku bukannya ada time nak berFB mcm org lain, busy,busy dan busy... Btw, kau keje mana skrg??
(Dalam hati kata dia maksudkan aku ke bila dia ckp "bukannya ada time nak berFB mcm org lain:)
MH: Errr, aku da quit about a year ago la.. So far xde plan nak keje balik.. Anak2 aku pon masih kecik.. Laki aku pon x kisah... nak keje ke x..
NN: Uik? Serious kau x keje da ?Kau tak boring ke dok jaga anak and dok rumah je.. Laki kau kasi byk duit ke kat kau? Takkan kau nak harapkan laki kau je.. Aku bukannya apa, ramai hsewife mcm kau quit job awal2.. Pas tu laki da boring , mulalah cari pompuan lain... Lagipon kau kan byk working exp, takkan kau x nak biarkan compliment yg kau ada ni buang mcm tu je...

Aku terus x reply apa2 yg dikomenkan oleh rakan sbb afraid that I'm gonna get over sensitive and aku akan react melalut tak pasal2..

Ni lah dia luahan rasa yang aku harap aku bole katakan straight to ur face, friend...

Aku x ambik hati pasal kau x kawin lagi.. wpon kau dulu pernah berkahwin...

Aku x ambik hati pasal kau tak faham ertinya bila da berumahtangga dan ada anak2 yg sedang mmbesar...

Aku x ambik hati sbbnya hati aku ikhlas berhenti kerja dan kau tak tahu apa yg aku dah gone thru selama ini..

Aku x ambik hati sbbnya aku tahu pengalaman yang aku ada selama ini adalah x seberapa hebat kalau dibandingkan dgn org2 yang lain apalagi aku ni setakat Diploma holder sahaja..

Aku x ambik hati sbbnya aku tahu laki aku mampu utk tanggung aku dan anak2 tapi tak mewah spt org lain, yet I'm still bersyukur apa yg dikurniakan..

Aku x ambik hati bila kau kata laki akan boring mula cari org lain, sbbnya aku tahu that I'm not perfect tapi aku masih berusaha sebaik mungkin to be a good wife and a mother to my children , dan aku prcaya apa yg akan brlaku baik atau buruk pon Tuhan tu sentiasa ada dgn aku... Aku hanya mampu berdoa dan Tuhan saja yg akan melindungi aku dan family aku..

Aku x ambik hati sbbnya kata2 kau telah membuatkan aku ambil secara positif.. aku tahu jadi perempuan ni mmg kene kuat.. Kalau setakat komen besar kuman mcm ni pon aku da bole terasa, apa lgi komen2 puaka and dugaan2 yang lebih besar pada masa yg akan dtg...kan?

Itu saja friend..

Aku tahu kau ikhlas, dan aku tahu kau sgt happy with ur life now.. tp sebenarnya hati aku terusik.. I do understand what u have gone thru before... I wasnt there for u b4, but deep down aku hanya mendoakan yang terbaik utk sahabat2.. So susah ke utk doakan aku jugak...?

I'm sorry readers, entry kali ni aku EMO.. dan sesiapa yng jadi aku pon org tu akan jd emo jugak..

Every human beings wants to have a wonderful life, don't we?

Friday, September 23, 2011

Hasrat dihati..

Had breakfast this morning with WN.. Ntah mcmana aku tersebut pasal nak bersara di kampung.. He said "Ok.. Insyaallah nnti kita akan settle down kat sana, tapi dalam interior kene modern concept.." Wah wah wah! tak terpikir lak nak buat interior sebegitu...

Itu semua angan2 sahaja.. Kita hanya mampu merancang, everything is in God's hand...

Why we planned to settle down in kampong?? Alasannya is tired with the hectic life in city.. Ceh! macam la aku ni ada lifekan? huahuahua.. Teringat-ingat masa childhood dulu, bila time raya or kenduri kendara, semestinya we all one family akan balik ke kampung nenek and atok aku di Melaka.. Masa tu masih ada sawah padi, tali air, ayam dan itik, pokok kelapa, reban ayam, serambi and mcm2 lagi.. Yang bestnya bathroom and toilet ada diluar.. So malam2 kalau terasa nak buang air, kenela bawak pelita or lampu suloh.. Tapi aku penakut sikit, kdg2 kejutkan kakak or mom utk teman aku.. Ada sekali tu kakak aku prnah sound aku "Simpan je ar! esok baru buang!!" (agaknya dia ngantuk sgt and malas nak layan aku)

Bila bedtime pulak, kitorg adek beradek or kalau ada cousins yg lain balik sama2, we all akan tido selambak kat atas lantai.. Ada setengah tu siap tido atas loteng or even kat serambi ruang tamu.. Meriah kan?? Malam mmg tak payah switch on aircond sbb mmg sejuk sampai ke tulang..!

My kids's generation mesti diorg tak tahu kampong tu apa agaknya. Lembu, ayam, itik tengok kat tv je la or kalau pegi zoo barula dpt tengok.. They dont know and dont understand how to live in kampung and x dpat merasa suasana kampung yang sebenarnya.. Both of their grandparents dok di city life, even my in-laws dok seremban, its considered a city life already..

So tadi dok google-ing cari gambar2 kampung...
* courtesy picts from bloggers*

Aman je rasa tgk gambar2 ni.. haishhhh, harap2 angan2 mnjadi kenyataan... InsyaAllah

Thursday, September 15, 2011

Mentally tired..

As salam all

Perghhhh.. what a long weekkkk that I have to go thru.. rasa lambat nak Jumaat this weekkk..

My mood this weeekkk tak payah cakap.. dgn 'bendera Jepon' tgh naikkk ni lagila.. everything seems so wrong... anak2 pulak asyik nak melekat dgn mamanya.. nak kata ada 'isi' @ coming adik dlm perot, I don think so... mensus dtg tepat masanya, x mungkin 'sangkut'..

I'm having my 'time out' alone in d room now.. had a blast with my 1st baby, Rees.. urghhhh.. ! She's so demanding lately.. yang mmbuatkan bertambah stress is she cant speak that well like other 2 year old toddlers.. so aku jadi x paham apa yg dia NAK.. dok merengek x tentu pasal tapi x nak cakap... so sampai satu tahap mcm skrg, I just told her off + scream at her, "Mama need a break! Do not disturb!"I went upstairs, straight to my room..

Paham pulak bahasa, selalunya dia akan ikut aku ke atas, kali ni, I think she knew her mama is angry + tired... so she just stayed where she is now.. dok depan tv kot dgn adeknya + the maid...

Biasalah bila kita tgh marah skrg ni, mcm2 bisikan yg dtg.. lagila tgh nak Maghrib ni kan.. rasa nak mengamok je, baling apa yang patut! Tapi mulut ni masih tahu nak mengucap..Masih mampu tarik nafas panjang2 and calm myself alone.. keep on telling myself that everything will be alrite..

Kdg2 tgk programme 'Surviving Motherhood' kat TV.. helps me la sket, tgk matsaleh kat America tu, lagi la xde maid, anak berderet2 3-4 org, rapat2 lak tu.. but, they are still coping up very well dgn hal2 rumah.

Ok la lege sket writing this entry.. lepaskan geram, nak mandi.. later nak goreng kangkung, oh ya kangkung belakang rumah yang aku tanam.. naseb baik alhamdulilah menjadi...

so wassalammm

Thursday, July 21, 2011

Tak ada manusia yang terlahir sempurna

" Tak ada manusia yg terlahir sempurna
Jangan kau sesali, segala apa yang terjadi
Kita pasti pernah, dapatkan cobaan yg berat
Seakan hidup ini tak ada ertinya lagi
Syukuri apa yang ada, hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini,melakukan yang terbaik"

Have u heard of this song?

Mesti x prnah... kan?

The song titled 'Jangan Menyerah' and its performed by Indonesian band, The Massive. I tahu its bcoz I layan 'sinetron' @ TV3, Amanah dlm cinta.. Soundtrack lagu drama ni, so dok berkumandang setiap hari..

Anyway, I've watched the real video clip of this song.. Yupp it does touch my heart deeply inside..


Kita ni hidop, selalu rasa x cukup... Selalu membandingkan hidop orang lain lagi senang dari kitakan.. Mudah sgt rasa tercuit nak itu ini.. Malahan ada yg lagi susah .. Nak cari duit untuk survive pon takat kais pagi and kais petang..

Jadi belajar la bersyukur dgn apa yg ada.. Enjoy the moments.. Mungkin satu hari apa yang kita ada skrg Tuhan akan tarik balik bila2 masa :)

Tuesday, March 15, 2011

Teringin makan apa??

Makan utk hidop atau hidop utk makan??

Break kejap dari 'menyambung' entry sebelom ini....

Lately mengalahkan preggy yang tgh mengidam...wishlists makan:
Fruit Truffle Pudding
tgh mentelaah resipi dlam internet... nnti bole try resipi...











Tauhu Anoura(ada member jual)

Raja marsina, kalau kau baca kau delivery bole ke rumah??

Mesti ada juga yg tak prnah rasa tauhu ni kan?? apa yg best?? Act,kulitnya tauhu di goreng dgn tepong rangup, intinya kentang lenyek with mixed vege.. sosnya yg 'spesel'.. rasa macam kicap pun ya, sos tiram pon ye jugak, x prnah tanya apa resipi utk sos 'spesel' ni.. tapi aku nak JUGAK!!!!!







Red Velvet Cake @RV

Sebenarnya x prnah makan cake ni. Ppl keep on drooling & obsessed about this cake.. kalau ada rezki nak cari kek RV ni , dapat spotong nak rasa pon ok la.. wondering how it taste like :)








So far itu saja yg terigin nak makan di lubuk 'perut' ni... :)