Thursday, November 27, 2008

Disturbance Dari Makhlus Halus...

Salam & Greetings!

Hari aku akan berceloteh berkenaan bab lain...

To all my blog readers, seperti yang kita tahu, kita sebagai makhluk tuhan yang sempurna yang juga dikenali sebagai khalifah Allah swt selalu akan diganggu, dihasut oleh makhluk lain yang 'jealous' dgn manusia iaitu iblis (macam ustazah la pulakkan?)

Sejak Tuhan menciptakan Nabi Adam as & Hawa, Iblis yang ingkar untuk bersujud kepada Nabi Adam as, Iblis telah mengangkat ikrar kepada Tuhan, bahawa dia berjanji dengan sedaya upaya akan merosakkan seluruh keturunan Nabi Adam hingga Kiamat... Mereka akan mengolah pelbagai cara untuk menghasut, membisik kepada manusia yang lemah untuk mengikut tunjuk jarinya serta terjebak ke jalan yang sesat dan akhirnya terjerumus ke dalam neraka yang azab dan tidak terkata... ooo memang sungguh merugikan.....

Apa yang ingin aku sampaikan ialah... kita sebagai manusia kadang-kadang tidak sedar bahawa kita akan diganggu, di bisik & dihasut dengan pelbagai cara oleh iblis syaitan terkutuk itu.. Kebanyakkannya dengan cara yang halus... kita missed untuk bersembahyang walau satu waktu dalam sehari itu pon sudah memberi kejayaan dalam project 'mission impossible' kepada mereka.. Jangan tak percaya, mereka (iblis) pon ada point untuk men'upgrade' ranking sesama mereka... They are just like ARMIES.. lagi ramai manusia yang berjaya mereka 'menakhluk' manusia, meraka akan 'dinaikkan' pangkat... Ye memang banyak misteri disebalik cerita iblis syaitan ini.. kalau dikupaskan satu persatu memang tak cukup masa untuk aku menaip tentang mereka..

Mesti semua akan tertanya-tanya why i bring up about these 'jinny' stories... I just want share apa yang aku tahu dan lalui...

Aku ada seorang bapa angkat yang mengamalkan perubatan alternatif spiritual... Aku & keluargaku memanggilnya sebagai 'bapak' atau pak ungku.. Keluargaku memang dari dahulu selalu diganggu oleh syaitan iblis ini.. termasuk la yang 'menghantar'nya kepada kami sekeluarga.... Yang paling teruk case adalah abang sulungku, HS dan panggilan kami kepadanya sebagai ALONG... No doubt, he had such a glamourous career & life before di sebuah syarikat penerbangan tempatan..
HS tidak mampu untuk bekerja seperti biasa selama 3 tahun yang lepas kerana HS 'sakit' dari segi spiritualnya. Semangatnya 'lumpuh' untuk selama 3 tahun disebabkan dia 'dihantar' oleh orang yang sangat dengki & cemburu terhadapnya.. Kami sekeluarga turut terkene tempias apa yang 'dihantarnya'. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana kami sekeluarga menghadapi saat yang gentir selama 3 tahun itu apatah lagi memandang & menghadap abangku seorang yang tidak mampu untuk bekerja seperti biasa. HS bukannya terlantar atas katil, semangatnya sahaja yang sakit seterusnya bermain dgn emosi & fikiran supaya dia tidak mahu kerja..... Apa yang lagi menyedihkan, dia selalu dalam kongkongan pemikiran yang negatif... Dari seorang yang periang dan pandai bersosial dia telah berubah menjadi seorang yang SUGUL dan selalu mengongkong diri dalam biliknya... Kami pernah menggelar biliknya sebagai the twilight zone..
Pelbagai usaha kami lakukan terutama ayahku HH yang tidak putus ikhtiarnya mencari penawarnya. Setelah berusaha mencari 'penawar' yang agak lama dan makan bertahun kami sekeluarga 'suffer' dgn penangan iblis syaitan, akhirnya dengan berkat doa & kesabaran serta bertawakal kepada yang SATU, Tuhan telah menemukan 'jodoh' antara kami sekeluarga dengan Pak Ungku. Tuhan telah memberi keizinan kepada pak ungku untuk mengubati kami sekeluarga.. Alhamdulilah, merciful GOD, Tuhan Maha Pengasih dan tiada siapa akan dapat melawan Kekuasaan-Nya, kami sekeluarga telah pun pulih dari kesengsaraan perbuatan orang yang sungguh keji itu... (tidak perlulah kusebutkan namanya siapa)...

Alhamdulilah, sekarang abang sulungku telah pun sihat dan telah pun bekerja di sebuah flying school di Bintulu, Sarawak ... Kami sekeluarga amat bersyukur & gembira melihat keadaannya yang semakin sihat & menjadi seorang yang matang & positif... Aku percaya, there's a blessing in disguise.. Let bygone be bygone.. Apa yang terjadi merupakan pengajaran yang mendalam kepada diri HS & kami sekeluarga juga..

Sejak dari itu, kami sekeluarga amat rapat dengan pak ungku.. banyak juga tunjuk ajar dan nasihat yang dia luahkan kepada kami sekeluarga to protect ourselves from the unwanted disturbance. Kami adik beradik sangat menghormatinya dan menganggapnya sebagai orang tua kami. WN pon secara automatik belajar dari Pak Ungku...

Panjang la entryku hari ini.. harap tidak bosan dgn chapter kali ini.. Just to be reminded.... that we've surrounded by these makhluk Tuhan... Hanya bertawakal & terus berdoa untuk perlindungan dariNya..

Wednesday, November 26, 2008

Sakit perut datang lagi & Bubur Nasi...

Semalam aku mengalami 'food poisoning'.. Ntah apa yang aku makan sampai perut ku tak boleh terima apa2... muntah, muntah & dan muntah.. Lembik badanku di buatnya..

Dalam pukul 2ptg, I went to see the doctor, just to make sure whats going on with me... Aku memberitahu apa yang terjadi dan terus doctor membuat check up ke atas diriku & mengambil temperature suhu badanku.. She found that I got a bit temperature & most probably aku terkene 'food poisoning'... Aku risau ianya melibatkan bayi yang aku kandungkan.. Takut terjadi apa disebabkan ibunya yag tersalah makan... Doctor can't give any medication as I'm pregnant, she onle advised to banyakkan minum air masak & kalau boleh makan buah... Nothing much that she can do about it... It's normal case for an early stage pregnancy like this apatah lagi me being the 1stimer.. Aku tak dapat detect apa yang aku telah makan sampai membuatkan aku sakit perut. Doctor menasihatkan agar aku tidak menagambil apa2 instant food untuk trimester I & II..

Baru aku teringat, I had INSTANT MUSHROOM SOUP last nite for dinner.. Ooopppsss!

WN ada 'sound' aku malam sebelumnya supaya aku tidak makan instant mushroom soup yang di dalam paket.. His reason was, it contain too much of a salt, its not advisable for me to take it..He prefered me to take yang dalam tin... I thought it was just a small matter (bagi aku sama je tin ke bukan dlm tinkan? tetap mushroom soup), dan aku terus makan with toasted bread...Sedap! Tetapi dalam beberapa jam kemudian, aku mula rasa sakit perut & terus muntah, muntah & muntah sebelum tidur.. Aku ingatkan mual seperti biasa.. Rupanya sampai keesokkan paginya (iaitu pagi tadi) aku terus muntah... Aku rasakan seperti semua isis perut ingin keluar, It was sooooo horrible... Mungkin WN was right, its the mushroom room yang membuatkan perutku x keruan...

Tibanya malam selepas menjemput WN from his office di Damanasara, WN menawarkan diri untuk masak special home made bubur nasi... heheheh... As being a loving husband, dia amat kesian menengokkan keadaan aku semalam... Ye, memang aku x larat membuat apa2 apatah lagi masak??? Alhamdulilah and million of thanks, the porridge taste so good... (Hmmmm... Memang xde rasa sedikit pon seperti bubur ayam MC'D)bukan nak 'jap' suami sendiri, tetapi dia memang ada berkebolehan untuk masak. His skills is better than mine (which I have to admit).... **sigh**

Hari ini, perutku better than yesterday walaupon ada lagi rasa pedih dan sebu sedikit.. Ada lagi rasa sisa-sisa sakit di bahagian atas perut and with hope it will go away soon.. Mungkin the pain healed by itself as I'm depending on the home made special ubat, air kunyit & beras yang dimasak dicampur dgn air masak panas...

OK.. setakat ini aku menulis untuk kali ini.. salam...

Monday, November 24, 2008

Ake Redha....

Sebelom aku meneruskan coletehanku seterusnya, aku ingin meminta maaf kepada semua my blog readers kerana sudah beberapa hari aku tidak 'update' my blog... Bukannya apa, keadaan diriku yang senantiasa tidak berapa sihat disebabkan NAUSEA yang tidak boleh dielakkan.. Maklumlah sejak berbadan dua ni, sometimes i got Good Days & not to forget the Bad Days too.. Tibanya BAD DAY yg tidak diduga, memang tidak membuat apa2 pon... Memandang computer screen pon bagai berputar-putar dimata dan kepalaku...

Hari ini aku OK sikit... alhamdulilah...

Oo ye aku ingin menyambung kisahku dari chapter 'ALASAN SEBENARNYA'... So far aku telah menerima beberapa comment from my blog readers atas apa yang telah terjadi.. Aku terharu...

Selepas aku meninggalkan bank tersebut, aku terus SMS kepada orang-orang yang tersayang dalam hidupku, I informed them apa yang terjadi.. Mereka semua termasuk, WN yang agak 'relax' dengan keputusan company itu. Mereka semua memberi semangat supaya aku mengambilnya sebagai faktor yang positif and not to give up... Yelah masa tu, aku tengah bengang tidak mampu untuk berfikir secara 'matang', bercelaru kepala fikiranku memikirkan masa depan yg kelam (kononnya)...

Aku masih tidak tahu samada aku nak pulang ke rumah berjumpa WN (yang on STANDBY dirumah). I need sometimes for myself (I guess). Kemudian aku menerima satu call, rupanya dari ayahku, HH… As being a father, HH has never give up in n giving encouragement dan he always see things on the brighter side apatah lagi kepada anak-anaknya. Aku hanya mampu senyap dan tidak mampu berkata-kata apa dengan apa yang dinasihatkan, padaku mungkin betul jugak apa yang diperkatakannya, ‘Tuhan member rezeki yang lebih besar kepada kau, iaitu rezeki anak’.. Pada waktu itu, aku masih lagi tidak mampu memkirkan apa2 yang positif lagi …

Selepas satu jam, WN datang untuk mengambilku di LRT Setiawangsa. Sebaik WN tiba, aku buka pintu kereta dan dia memberi senyuman. WN mengajakku utk lunch (oo ye aku terlupa yang aku belom makan lagi pada masa itu). Aku pon OK, dan kami ke satu warung nasi ayam yang ‘famous’ di Setiawangsa.. NASI AYAM MASS.. Diriku masa itu, aku hanya on SILENT MODE & tidak berkata apa2 pon semasa kami makan bersama. WN ada juga menanyakan (as he’s being concerned) samada aku mahu talk about it or not… Jawapanku satu sahaja & ianya yang amat frust untuk WN mendengarnya… aku telah menyalahkan zuriat yang aku kandungkan masa itu, kerana disebabkan dia, I’ve been pulled back from the job offer… WN terus senyap.. Selama perjalanan pulang, kami berdua senyap.. KESIAN WN, terkene tempias dengan keadaanku… Dia menjadi mangsa keadaan…

Aku mengambil masa yang agak lama untuk aku berbual seperti biasa dgn WN.. Aku tidak menggendahkan perasaan orang lain apatah lagi WN, yang amat sedih & upset dengan ‘reaction’–ku setelah apa yang berlaku.. Aku akhirnya redha dan aku meminta maaf kepada WN dengan reaksi ku pada hari itu.. WN mengatakan bahawa aku perlu meminta keampunanan dari yang Esa, kerana aku telah menyalahkan zuriat sebagai alasan yang terjadi… Yelah kita sebagai manusia tidak lari dari membuat kesilapan…

Aku terus berwuduk & solat, apa lagi, dengan bercucuran air mata, aku memohon keampunan dari yang ESA dengan apa yang telah aku perkatakan tadi… Aku bertaubat… Memang benar, rezeki anak adalah lebih hebat dari segalanya…

Masa untuk break, matakku sudah kembali berputar & pening.. Aku akan sambung lagi..

Wednesday, November 19, 2008

Alasan sebenarnya..

Hari ini merupakan hari yang ke-2 aku menulis dlm blog ini..

Aku masih menggodek-godek all the functions dlm blogspot ni... Hey, terasa macam budak baru belajar buat web la pulak... Its ok, it takes time for me to get familar... :-)
Sambung dari 'chapter' sebelom ini.. aku tidak bekerja... hehehe.. Memang agak janggal untuk menerima with the term 'unemployed'.. Bukan aku x nak keje tapi belom ada rezeki.. If i start telling u d story mesti org kata aku ni Drama Queen, but tetapi itula sebenar yg terjadi..

Diriku, aku kenalkan sebagai MH.. Insan tersayang, aku addressed dia sbg WN. WN juga ada blog nya sendiri, he addressed me as MH in his blog... Semua kawan2 yang aku kenal yang telah membaca blog beliau kadang2 memanggil ku sebagai MH.. bukan lagi nama yg selalu di panggil oleh mereka dan keluarga mereka.. (Di petik dlm cerita melayu yg box office ketika dahulu 'Ringgit Kassorga' dibintangi oleh Deanna Yusof dan Tiara Jacquelina).

Merciful God, Tuhan Maha Pengasih... Alhamdulilah, aku telah pon berumahtangga dalam 3 bulan yg lepas.. yang bermaksud marital status telah bertukar dari 'single' ke 'married' secara automatiknya... Apa lagi menarik Tuhan telah memberi rezeki lagi, aku telah pon mengandung 2 bulan 2 minggu (if dlm medical term is already 10 weeks) sekarang ini. Setiap hari aku mengalami experience yg bermacam cerita.. kadang aku mual yang membuatkan aku hanya mampu utk berbaring & tidak lupa,bau perfume sayangku pon aku x buleh terima... Kadang2 aku OK dan tersangatnya active, satu rumah aku buat 'spring cleaning' (katanya lagi) dan juga try masak menu yang baru.. Hahahahaha..

Okla, aku da meleret... bukan subjek yg ingin aku luahkan dlm chapter ini.. Just to make it short, bulan lepas iaitu Oktober'08, aku telah pon mendapat offer kerja sbg call centre officer di sebuah bank tempatan yang agak 'gah' reputasinya... Aku bersyukur & seronok (yang teramatlah sgt, only God how i felt) bila one the HR person called & congratulate me that I got the job. Insan tersayang pon menumpang gembira with the great news… But, the day that I’ve got the job, aku x berapa sihat, DEMAM.. I told my my hubby, then we went straight to the nearby clinic to see the doctor.. Lagi menambahkan kegembiraan, doctor mengesahkan bahawa ‘CONGRATES, U ARE PREGNANT, Its been 5 weeks now’.. Jantung ku bagai hendak gugur rasanya berbaur tersangatla gembira… Sebaik keluar dari bilik doctor, aku terus inform WN.. WN is the happiest person on earth once he’s got the news. OMG, both of us akan bergelar PARENTS dlm 8 bulan lagi… hehehehe

Tibanya tarikh 20102008, aku dipanggil untuk ke call center bank itu di PJ for me to collect the offer letter & seterusnya medical check up… There are 3 of us yang tiba at the office & we’ve been briefed by one the HR officer, NF about what we should for the day, only to do the medical check up ... Setelah membuat check up, kami bertiga pon menyerahkan medical report yg tertulis P&C, kepada HR officer pagi tadi.. 10 minit kemudian she came out again, tetapi peliknya dia memanggil hanya 2 staff baru tetapi bukan aku.. aku mula resah.. bergolak pemikiran ku semasa itu.. The first thought was, probably I’m pregnant, company terpaksa menarik balik offer itu… OH TIDAK mungkin.. 10 minit kemudian, tunggu punyela tunggu, HR officer memanggilku untuk masuk ke dalam discussion room, aku diperkenalkan with HR manager, Puan RS.. My heart was beating fast…. Dengan muka serba salah RS telah mengatakan bahawa We’re sorry we have to pulled back the offer, because the company’s policy doesn’t allowed to hire pregnant staff on the entry level’.. I was DAMN SPEECHLESS, rasa bagai hendak baling meja kemukanya.. Bermacam soalan aku tujukan kepadanya, sbb aku da bengang! I need the JOB!... All she can say that ‘Puan, u can try & apply here again next year.. U are most welcome and I’m terribly sorry, Its out of my jurisdiction’. Aku akur, walaupon agak susah untuk aku menerima semuanya..

Aku melangkah longlai (macam lagu Sheila Majid je) dari discussion room itu… apa yang aku rasa hanyala ‘ITS END OF THE WORLD’ . Aku sedih, upset, have no idea what would happen after this… Berlinang jugak la air mata dipipiku.. Like what WN mengatakan padaku, ‘U ni kan Putri ayer mata’ (hahahaha)’.

Dua orang staff baru yang sama2 membuat medical report tadi terus mendakapku & they tried to calm me down.. Mereka agak terperanjat dgn keputusan company itu.. Tetapi aku terdiam sebentar apabila one of them said, ‘takpe kak, rezeki anak kita tak tahu, mungkin lebih baik, Cuma kene bersabar lagi’. Selama perjalanan membuat medial check up & semasa interview kami sudah ada ‘chemistry’ dan agak satu kepala.. Itu yang membuatkan lagi aku sedih bila aku gagal untuk bekerja disitu bersama2 mereka. Tapi apakan daya, takdir tuhan, Tuhan tidak mengizinkan aku bekerja disitu… DIA sahaja yang tahu kerana DIA-lah yang merancang segalanya…

Panjang sgtla pulak celotehan ku hari ini.. Ada lagi yg ingin ku luahkan sebalik cerita ini..Nak break * solat.. To be continued later…

Tuesday, November 18, 2008

Permulaan (katanya)

Salam semua... HOLAAAA

hari ini 18112008.. permulaan utk diriku menulis blog... dulu aku pernah tulis blog tapi syok sendiri menaip di FRIENDSTER shj.. (account pon dah di-terminate). Ada seorang yg tersayang telah mmberi inspirasi utk ku menulis blog... Yela da x keje ni kan.. mesti ramai my beloved friends out there terpinga-pinga kenapa aku x bekerja.. bermacam-macam soalan ditujukan kepada ku bila aku mengatakan aku x bekerja... Jawapanku (yang standard) 'alah,untuk sementara je aku x bekerja..' Nantila i'll tell the real story why i'm not working in next chapter...